Monday, August 17, 2009

KUMPULAN PUISI ALAM

Memandangkan alam semulajadi tempat umat manusia dihidupkan dengan flora dan faunanya sehari demi sehari semakin meranap dan musnah. Lapisan ozon yang tembus dan menipis, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sedang mengusahakan penerbitan sebuah kumpulan puisi yang bertemakan alam. Penyair, sasterawan, dan penulis tanah air dengan segala hormatnya diundang mengirimkan sebanyak 3 buah puisi seorang yang bertemakan sedemikian. Puisi yang telah siap bolehlah diemelkan ke alamat saya- rahimidin@gmail.com sebelum 25 September 2009.

Desa Pingitan

Desa Pingitan, novel karya Ibrahim Omar adalah Pemenang Hadiah Kedua Peraduan Novel DBP 1963. Saya tidak memiliki cetakan yang pertama 1964, sekadar memiliki cetakan ketiga 1967. Tak mengapalah kerana tahun itu pun lebih tua daripada umur saya. Pada lukisan kulitnya tertulis MIsmail. Saya tak pasti, apakah itu Ismail Mustam?

No comments: