Wednesday, September 2, 2009










Drama Pertama Saya

Saya menemui foto lama sewaktu masih di Tingkatan 5, Sek. Men.Melor, Kota Bharu, Kelantan. Dalam foto ini Sdr. Adam Malek Harun dan Norasyikin Ilias berlakon dalam drama yang skrip dan arahan saya Inai Hujung Jari Diinai sempena sambutan Hari Guru di sekolah kami. Adam, khabarnya menjadi MA di Pusat Kesihatan, dan saya tak tahu di mana. Norasyikin juga tak pernah saya temui selepas sekolah. Manakala dua orang lagi yang berlakon dalam drama saya ini, Sdr. Mohd. Zaidee Che Mat dan Nasimah Daud. Zaidee menjadi guru di Sek. Men. Mulong, Kota Bharu dan Nasimah saya tak pernah temui lagi selepas itu. Sehingga kini saya masih terfikir, entah bagaimana saya ditugaskan oleh guru kami, Cikgu Ghazali Ibrahim untuk menulis skrip dan mengarahkan drama tersebut.









MPR 1987

Saya menemui juga foto lama MPR 1987 di atas tangga Wisma MAYC Kuala Lumpur, 22 tahun yang lalu. Yang seorangnya sudah dijemput Ilahi (alfatihah untuk Ahmad Faizal Ahmad Fadzil) dan seorang lagi, Hiziari Othman jejaknya gagal dikesan sehingga ke hari ini. Mohd. Zamri Mohd. Yusoff menjadi guru di Jerantut, Tuan Faridah Abdullah guru di Terengganu dan Zulkifli Mahmud, khabarnya juga guru tetapi entah di mana. Alina Idris dari Melaka, Zaliha Hassan dari Sarawak dan Masrani Madun dari Sabah juga terputus hubungan. Saya tentunya salah seorang daripada yang berlapan itu.

No comments: