Thursday, May 6, 2010

Awang Batu

Seorang kawan saya bercerita tentang Awang Batu. Awang Batu bekas guru besar di sebuah sekolah. Selepas pencen, dia mengerjakan sawah. Kerana ada degree zaman Tok Kadok dia dilantik mengetuai sebuah koperasi penulis di kampung kampung kami. Dia bukanlah pandai sangat mengurus, apalagi nak dianggap sebagai pemikir. Maklumlah, bekas guru yang macam cerdik kalau ingin dibandingkan dengan murid-murid di tempat dia mengajar dulu-dulu. Kerana kurang cerdik itulah dia diangkat mengetuai koperasi penulis kerana bersekonkong dengan Pengerusi Lembaga Koperasi yang juga sebenarnya kurang cerdik. Setiap kali bercakap, penuh dengan retorik, itu mengikut kawan saya.
Satu hari saya menghadiri majlis yang dihadir oleh Ketua Koperasi alias Awang Batu. Dan dia memang Awang Batu apabila Awang Batil disebutnya Awang Batu, Keris Mas dia sebut Keris Kayu, novel Putera Gunung Tahan, dia sebut novel Putera Gunung Kinabalu. Dia bukan lagi Awang Batu, tetapi memang batu. Sama batunya dengan orang melantiknya. Kawan saya berseloroh, satu hari aku akan sumpah kedua-dua pengkhianat ini menjadi batu.

8 comments:

S.M. Zakir said...

cerpen pendek ini tadak nilai murni, tadak ilmu bantu dan tadak khutbah. tak buleh menang hadiah sastera perdana. tapi yang jelas ada ilmu batu yang awang batu bagi

Sham al-Johori said...

tuan syeikh,
yang penting 'batu' dan sikit lagi jadi 'arang batu'lah tu..

Syeikh Zakir, apa pulak tak ada ilmu bantu?..itu yang sebut 'batu' itu ilmu geologi namanya...tinggi makamnya tu...

Zarif Hassan said...

Tuan,
saya mahu gelak kerana saya pernah dengar kisah ini seseorang. Mujur Awang Batu tak menginap di tempat saya kalau tidak jadilah Awang Batu Pahat.

Awang Batu ada jual Ais Batu Campur tak? keh keh keh

Rahimidin Z said...

Syeikh Zakir - nota: cerpundek ini tidak untuk dinilai oleh panel Hadiah Sastera Perdana yang ketinggalan zaman beberapa ratus tahun di belakang sejarah.

Rahimidin Z said...

Syeikh Sham: Jangan membatukan diri sudahlah. Biarkan Jins sahaja yang menjadikan batu dalam filem dan akan dibatukan juga oleh sejarah kesenian bangsanya.

Rahimidin Z said...

Zarif masih muda.Masa masih panjang, tetapi hati-hati "jangan baling batu dan sembunyikan tangan."

NASSURY IBRAHIM said...

Semasa di sekolah rendah, guru saya, Cikgu Latif, pernah jadi YB di Perak, bercerita Awang Telur Besar. saya kagum dengan telur MPVnya

Rahimidin Z said...

Nassury,
Ada banyak lagi siri Awang yang boleh ditulis...Awang Mata Berdener, Awang Batu Sebutir..