Sunday, June 6, 2010

Dia Tidak Tahu Tentang Apa Yang Ditulisnya

Satu waktu saya melanggan tidak kurang daripada sepuluh judul majalah setiap bulan. Tetapi kini, tidak lagi. Yang tinggal hanya empat, dan mungkin akan tinggal menjadi satu atau dua menjelang sahaja menjelang 2011 nanti. Saya berhenti melanggan majalah-majalah itu apabila editor baru tidak lagi membayangkan keilmuan yang ada pada dirinya.
Saya baru membaca sebuah esei yang ditulis oleh seorang profesor di sebuah majalah dalam bidangnya. Tetapi esei itu amat meresahkan saya kerana judul, baris pertama sehingga ke baris terakhir, esei tersebut membayang 'dia tidak tahu tentang apa yang ditulisnya.' Saya akan mencadangkan dalam mesyuarat JK PENA supaya diadakan bengkel menulis esei. Dan Bung Saleeh Rahamad dan Lutfi Ishak, saya akan minta untuk membimbing para profesor seperti itu bagaimana menulis esei yang baik. Dan editornya juga patut masuk untuk jadi peserta di dalam bengkel tersebut, supaya terbuka ruang pemikirannya tentang esei yang sebagaimana yang wajar disiarkan.
Sama juga, apabila saya tidak menulis di akhbar dan majalah yang pernah saya menulis. Saya kurang percaya kepada editor yang membuat editan terhadap tulisan saya. Ini kenyataan,dan bukan sebuah kesombongan. Saya bila menulis dan memilih perkataan, saya tahu tentang apa yang saya tulis dan saya pilih. Tidak dinafikan seorang penulis memerlukan editor. Dan editor yang baik akan menjadikan tulisan penulisnya akan menjadi bertambah lebih baik. Tetapi apabila editor yang tidak baik mengedit tulisan dengan sudut yang buruk, eloklah tulisan itu tidak disiarkan. Lebih baik tulisan itu disimpan di dalam tong sampah.
Saya tidak dididik sebagai editor. Tetapi saya berpengalaman sebagai pengawai penyelidik hampir 10 tahun dan editor di belakang tabir selama 5 tahun. Dan hari ini saya nyatakan mentor saya dalam membuat editing - Sutung Umar RS, M.Noor Azam dan Ahmad Fathy al-Fatani.

5 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan2,
Semalam seorang teman saya berkata, "seronok baca blog kawan-kawan tuan haji. Ada sinikal dan simbolisme. Saya suka baca ruangan komen daripada entrinya. Ruangan komen lebih menyentuh perasaan."

Saya tak kata apa-apa kerana begitulah kehidupan kami. Saling mengata dan menyindir dalam mesra yang amat sangat. Kami bahagia dengan cara begini. Hati ikhlas bergurau senda.

ii.
Saya tak pandai menulis novel, cerpen, skrip drama, apatah lagi puisi dan esei. Jadi editor, lagi saya tak pandai. Dulu waktu belajar 'penulisan cereka' dengan En. Saleeh, saya asyik kena marah dgn dia aja. Dia kata,"dah! berhenti tulis prosa. Tulis puisi aja. Pendek dan tak banyak buat salah." Saya makan hati hingga hari ini....kahkahkah. Hehehehehe (kononnnnn; pujuklah. wahwahwahhhh)

Tapi saya degil, saya tulis juga apa-apa yang saya nak tulis termasuk esei politik dalam akhbar politik perdana. Akhirnya, jadilah saya seperti adanya. Itu tak masuk lagi cerita kawan saya Nassury Ibrahim; dia lagi gedebe. Bukan setakad En. Saleeh aja yang dimuslihatnya. Habis semua mahaguru di Fak Sastera dan Sains Sosial UM itu diakalkannya. Tapi Nassury tetap Nassury sebab dia kawan baik Pak Zakir (kritikus yang mengganas dalam diam).

ii
Syeikh Rahimidin pewaris al-Maliki, tak baik marah-marah.

Heheheheheh

Rahimidin Z said...

Panjang lebar ulasan Tuan Haji. Tak mare pun. hi. hi.

saleeh rahamad said...

kadang-kadang kita tersedak apabila perkataan yang kita gunakan telah ditukar sewenang-wenangnya oleh editor hingga menyalahi maksud; ada juga yang sesuka hati membuat terjemahan yang tidak tepat. Itulah yang membunuh keinginan untuk menghantar esei ke majalah tersohor sekalipun. Tapi kalau tak hantar tak dapat duit pulak. nak jual lukisan pun nampaknya tak berapa ada harapan kerana lukisan yang saya beli tak ada nilai. Memang tak pandai menilai lukisan tapi saya beli juga kalau murah.nanti kalau kawan di pena nak buat pameran lukisan boleh tumpang sekeping dua, letak harga mahal2..mana tau kut laku.Lukisan beli di Pnom penh, bandung, Bukit tinggi. ada ni.tapi belum diframekan kerana segan pada tukang frame.

Rahimidin Z said...

Bung Saleeh,
Betul, saya setuju sangat. Saya tulis "ancak" (dengan huruf italic dengan merujuk kepada tempat menyimpan patung wayang kulit) digantikan dengan serancak.
Kolek lukisan yang ada potensi masa depan itu macam simpan duit di bank. Tak bercampur dengan duit subhah. ha.ha. Hj. Sham beli 1K dan jual 16k. Lepas tu dia senyap je.

saleeh rahamad said...

Haji sham tak nak heboh bahawa dia kaya. buat macam org miskin saja. huh mainang bak kata wak khalid.