Tuesday, October 5, 2010

DIA MENEPUK-NEPUK DADANYA

Dia menepuk-nepuk dadanya, "akulah pejuang!". Dan memang saya tahu, dia hari ini adalah dari masa lampaunya. Serban dan jubah hanya hiasan penutup jasad. Baguslah kerana sudah memaknakan sunnah Rasulullah saw. Cuma janganlah sunnah di jubah dan di serban sahaja. Sunnah itu juga harus di lidah lisan, tingkah dan tindak, lalu mengalir jauh ke dalam. Ya Rabbi- Engkau mengujiku dengan "si sufi" ini dengan beberapa maghrib - saat azan maghrib berkumandang, "si sufi" itu berguling di dalam longkang. Aku membaca keharuan kisah-kisah masa lampaunya yang cabul tertulis dalam catatannya, Bangkok yang yang berdebu dan panas. Dia hilang dengan kereta sportnya dan kembali dengan jubah putihnya. Dia hilang di perkampungan asli dan kembali dengan tongkatnya. Berkali-kali, beratus kali hilang, dan cuba kembali. Menyebut beribu nama wali, kemudian dia terjun kembali ke dalam longkang.

Engkau mengujiku ya Allah!

2 comments:

Korakora said...

Kalau dia tak bercakap, orang yg jahil tentangnya akan menganggapnya ahli sufi atau sekurang-kurangnya seorang tua yang bijaksana.

Apabila dia bercakap, kita tahu dia hanyalah nasionalis totok.

Rahimidin Z said...

Ustaz Nazmi,
aduh!