Friday, October 29, 2010

Seekor Kijang Kencana

“Yang melintas di dalam perjalanan jauh itu,
bukan kijang kekandaku –
ia tiada lain sihir Rawana,”
kata Laksamana.

“Selamatkan suamiku,

Laksamana.
Tinggalkan aku di sini,”
bujuk Sita.

“Belantara ini penuh dengan sihir Rawana.

Seperti kijang kencana
dan rintih itu,

sudah kubaca semuanya,
itu helah dan sihir Rawana
jua ,” kata Laksamana.

“Selamatkan suamiku,

demi seekor kijang kencana!,”
paksa Sita.

“Kubina lingkaran sakti ini,

kekanda.
Tangan dan apa sahaja
yang melepasinya

pasti akan putus
dan hangus terbakar,”
kata Laksamana.

Tetapi Sita,

perempuan penuh nafsu
dan sentiasa alpa.
Air yang dihulurkannya
disambar si tua dahaga
yang menjelma
Rawana
.

3 comments:

abuyon said...

“Kubina lingkaran sakti ini,
kekanda [kekanda ke dinda].
Tangan dan apa sahaja
yang melepasinya
pasti akan putus
dan hangus terbakar,”
kata Laksamana.

Rahimidin Z said...

Sdr Abuyon,
terima kasih.

Memang kekanda kerana Laksamana itu adik ipar kepada Siti Dewi, kecualilah kata-kata itu diucapkan oleh Seri Rama.

abuyon said...

Opss salah saya. Terlupa bahawa
suami Siti Dewi, Seri Rama :)