Wednesday, November 3, 2010

Tiada Perempuan di Dalam Puisi

Semalam saya menerima buku puisi (ada orang marah: sajaklah!) "No Women in Poetry" yang dikirimkan oleh penyair Zakariya Amataya melalui Haji Shamsudin Othman. Kebetulan buku ini menerima SEA Write oleh kerajaan Thailand. Ini hanya sekadar terjemahan bebas saya terhadap puisi (sajaklah!) tersebut yang penuh dengan kelemahannya kerana saya tidak pernah sehari pun ke sekolah INGGERIS.

tiada perempuan di dalam puisi

perempuan di dalam puisi
dia menciptanya
dari imaginasi aneh
mimpi silam Red Indian
dengan catatan tertulis di dinding gua prasejarah:
keaslian perempuan dipuisikan
dia menuliskan watak seorang demi seorang
dituangnya puisi dari saraf fikirnya
mata yang cantik bersinar
mengamati dunia seluruhnya
rambutnya mengurai ke pinggang
seperti gelombang yang membadai di laut

dalam kebenaran
dia berniat untuk menulis:
a poem in a woman
tetapi dengan kertas di jarinya dia menulis:
a women in a poem
dua frasa yang berbeza
dengan himpunan kata-kata yang sama
dia mencuba dengan menukar sekadar lima perkataan
imaginasinya mencari peleraian
dan dia benar-benar percaya
in a women a poem
in a poem a women

dia lebih suka merujuk kepada dua frasa pertama

dia terus memetik kekunci,
perempuan di dalam imaginasi
imaginasi di dalam perempuan
puisi ini tidak akan berakhir
ketika dia telah melihat perempuan


Zakariya Amataya.

2 comments:

roslan jomel said...

Menarik. Dalam bahasa apa pun, kalau menarik, tetaplah juga menarik.

Rahimidin Z said...

Lan,
Yang menariknya puisi asal, terjemahan saya tak menarik pun.