Thursday, November 4, 2010

TRUTH GLOBALIZE

TRUTH GLOBALIZE adalah kumpulan cerpen dan puisi yang menemukan penulis Thailand dan Malaysia. Buku ini diterbitkan oleh The Writer's Association of Thailand dengan dokongan oleh kerajaan Thailand. Terdapat 15 orang sasterawan Thailand dan 15 orang juga dari Malaysia. Sasterawan Thailand terdiri daripada Prabhassorn Sevikul, Paitoon Thanya, Paraba Yun, Rattnachai Manabutra , Jirapat Angsumali, Montri Sriyong, U-tane Mahamit, Unngkam Chantatip, Siriwom Kaewkan, Krid Lualamai, Pithak Jaibun, Wan na Janthan, Chukiat Suthin, dan Wirod Wutipong. Manakala dari Malaysia pula Muhammad Lutfi Ishak, S.M. Zakir, Mohamad Saleeh Rahamad, Anwar Ridhwan, Saifullizan Yahaya, Sutung Umar RS, Baha Zain, Zaen Kasturi, Ahmad Razali, Shamsudin Othman, Amirul Fakir, nassury Ibrahim, Amiruddin Ali dan Sahrunizam Abdul Talib.
Sebagai buku sulung yang diterbitkan dalam tiga bahasa -Thai, Melayu dan Inggeris, PENA mulai melangkah sempadan negara. Dalam waktu yang agak terbatas, dan had jumlah penulis yang kecil tentunya tidak semua penulis Malaysia dapat dikumpulkan untuk penerbitan kali ini. Buku kedua akan segera menyusur. Dan harapnya, lalu lintas ini akan merebak ke semua negara ASEAN yang lain seperti Filipina, Laos, Vietnam dan Cambodia, selain negeri-negeri yang mempunyai persamaan bahasa. Moga-moga warga PENA tidak mengambil masa 40 tahun untuk mencari Melayu, tetapi berusaha membawa sastera Melayu ke mata dunia dengan caranya yang tersendiri.
Harapnya, dengan usaha yang kecil dan tidak seberapa ini akan dapat sama-sama membantu Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka membawa sastera Melayu melepasi sempadan negara. Selebihnya tentunya Allah SWT yang Maha Menentukan.

2 comments:

Rebecca Ilham said...

Tak ada penulis perempuan pun?

Rahimidin Z said...

Rebecca,
akan dimuatkan dalam antologi yang akan datang. InsyaAllah.