Thursday, December 23, 2010

CATATAN HAMPIR PENUTUP TAHUN

Sungguh, saya tidak teruja dengan buku-buku karya saya sendiri. Kalau saya ingin teruja, saya patut teruja dengan buku saya (kami) sepanjang tahun 2010 ini. Dengan pelancaran buku kami di Frankfurt Book Fair, German, (tentunya dengan komitmen dan jihad luar biasa CEO ITNM Sdr. Haji Mohd. Khair Ngadiron dan team kerjanya), buku kami diterjemahkan ke bahasa Thai dan dilancarkan di Bangkok (dengan persahabatan luar biasa sahabat kami di sana al Fadhil Ustaz Abdul Razak Pandangmalam), sejumlah puisi dan esei saya diterjemahkan ke bahasa Korea dan diterbitkan dalam 3 buku yang berbeza di Seoul (tentunya dengan dokongan para sahabat saya - Sdr. Maman S. Mahayana, Prof. Dr. Lee Yeon, dan Prof. Dr. Lim Kim Hui.) Prof. Dr. Lim Kim Hui merupakan teman sekamar saya sewaktu sama-sama mengikuti Second Asean Writers Conference di Manila pada tahun 1995.

Sepulang dari Seoul, buku kami (Abu Bakar Idris, Uwei HajiSaari dan saya) mengiringi pameran lukisan solo Abu Bakar Idris "Taman Syifa" di Galeri Chandan, Damansara dan berakhir dengan pelancaran semula versi Melayu dan Inggeris buku Makyung kami di Kino KLCC. Dan kononnya antara buku Melayu pertama yang akan menghiasi dinding Kino sepanjang sebulan lebih.

Sungguh, saya tidak teruja! Kadang-kadang saya malu sendiri apabila diminta menceritakan kepada orang bagaimana saya menulis. Tetapi perasaan serba salah menyebabkan saya terpaksa akur dengan pemintaan ikhlas para sahabat saya yang amat baik. Dan, saya sesungguhnya sentiasa bersyukur dan berdoa semoga Allah swt membuka laluan akal dan fikiran yang sejernihnya untuk sentiasa menulis, dan tidak menyukarkannya di hari-hari yang mendatang.

Sungguh, saya tidak teruja dengan karya saya sendiri. Saya teruja dengan karya daripada hasil tangan para sahabat saya dan teman-teman sasterawan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain.

2 comments:

Sham al-Johori said...

Salam tuan syeikh,
Perjalanan kita sedang menuju negara maknawi. Bekalanannya hanya iman dan amal. Mudah-mudahan kita beroleh sesuatu yang dijanjikan Allah SWT. Amin.

Rahimidin Z said...

Tuan Haji Sham, masa kita semakin singkat. Dalam widak sebelum berangkat ke Maroco, Syeikh mengingatkan 4 amalan menuju syurga:
1. Dengan memberi salam
2. Dengan menjamu makan
3. Dengan silaturrahim
4. Solat sunat dan segala amalan malam hari.