Thursday, March 31, 2011

Hantarlah Manuskrip ke Penerbitan Kami!

“Saya minta maaf, saya tak ada manuskrip yang ingin diterbitkan,” kata saya penuh basa-basi menolak tawaran dan panggilan seorang editor sebuah penerbitan bertaraf tanah air.
“Sdr. boleh mengundang ramai penulis lain. Ada Sasterawan Negara dan ada ramai penerima SEA Write yang patut sdr. jemput. Ada antara mereka yang memang perlu menerbitkan buku mereka.”
“Tuan macam sinikal dengan kami?. Saya tahu, tuan ada banyak manuskrip sebagaimana tercatat di blog tuan.”
“Manuskrip itu bukan untuk diterbitkan, dan tak lain sekadar sebagai latihan saya menulis.”
“Cakap sajalah yang tuan sebenarnya tidak berminat dengan penerbitan kami!”
“Manuskrip saya suka hati sayalah kalau saya ingin buang ke laut pun atau nak simpan buat pekasam."
“Apa yang tuan tidak puas hati dengan penerbitan kami sebenarnya?”
“Kenapa sdr ajukan pertanyaan sedemikian? Buat apa saya tidak puas hati dengan syarikat sdr. Itu emak bapak sdr. punya dan buatlah sesuka hati sdr."
“Tuan, saya mendapat tahu tuanlah salah seorang yang menghasut kawan-kawan penulis yang lain supaya tidak menghantar manuskrip ke penerbitan kami?”
“Paria dan beballah penulis-penulis tersebut kalau mereka mendengar hasutan saya.”
“Tuan, apa yang tidak puas hati sebenarnya? Saya perlukan jawapan tuan untuk laporan yang perlu kami serahkan kepada bos kami.”
“Kau tulislah apa-apa yang patut dalam laporan itu asalkan kau boleh naik pangkat nanti!" Saya tutup telefon.

No comments: