Friday, April 22, 2011

KERTAS KERJA

Pagi semalam saya ada terima panggilan...
"Encik Rahimidin..."
"Iya..saya."
"Boleh encik hantar kertas kerja yang akan dibentangkan lusa. Bos saya suruh minta."
"Kertas Kerja? Kertas kerja hamjadah apa pulak?"
"Iya, kan encik akan bagi bengkel."
"O..bengkel yang memaksa saya..dengan menulis surat kepada atasan saya tanpa menanyakan saya setuju atau tidak? Ada empat slot dengan 2 jam setiap slot yang harus saya isi, dengan empat judul ceramah...dan saya perlu tulis empat kertas yang berbeza...Boleh...saya hantar tahun depan...Kalau nak kertas saya tak akan pergi"
"Tak..apa encik..encik nak sampai pukul berapa?"
"Hotel saya kena masuk hari apa? ceramah saya pagi?"
"Pagi...25..encik masuk pagilah..."
"O..rumah aku dengan tempat bengkel tu...15 minit.."
Sebelah petangnya, saya terima panggilan lagi...
"Encik...nak maklumkan encak masuk hotel 24..hari ahad.."
Dia letak letefon
Saya belum tanya, hotel mana?

2 comments:

benuasuluk said...

Abang Mie nak suruh saya bagitau hotel apa tak? Ok, biar saya teka. Emmm kalu kuantan hotel hok best sekali bagi penganjur dan memudahkan bagi penganjur sah seri malaysia. Negeri lain nanti hari lain pula adik teka ya bang mie ya hehehe

Rahimidin Z said...

Kah..Kah..kah..