Tuesday, April 12, 2011

REBAB BERBISIK (iii)

RB pun berakhir malam tadi. Uwei Hajisaari, Mior Hashim Manap, A. Wahab Hamzah, Fauziah Nawi, Rosminah Tahir, Hamzah Tahir, Zaifri Hussin, Wan Maimunah dan ada ramai lagi orang teater dan filem yang hadir. Yang saya nampak beberapa penonton malam sebelum seperti Raja Azmi dan Roslin Hashim datang lagi menonton. Ada yang tergelak sampai hentak-hentak kaki. Cuma saya yang tak pernah gelak sejak malam pementasan yang pertama. Saya tak pandai nak gelak. Ramai yang suka dengan persembahan malam tadi, tetapi terbalik saya pula malam tadi paling saya tak suka. Dan ada kawan saya datang khas dari Kelantan dan ambil hotel Grand Season kerana nak tengok RB. Terkejut saya dengan beliau ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan untuk pementasan kali ini. Paling penting penerbit yang pertama kali mementaskan teater telah mengusahakan sumbangan RM2,000 seorang untuk 4 tokoh veteren makyung. Hanya itulah yang kami mampu lakukan untuk kali ini.

Mangsa terakhir yang kena tarik malam tadi, Uwei Hajisaari. Nampaknya RB telah mengheret beberapa selebriti ke pentas Lambang Sari.

No comments: