Saturday, April 9, 2011

REBAB BERBISIK

Pementasan Rebab Berbisik sedang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya bermula malam tadi. Tiket telah habis terjual mengikut penerbit persembahan. Jadi, saya tak ambil tahu siapa yang beli dan siapa yang tak sudi beli. Rebab Berbisik sebenarnya telah 12 kali dipentaskan. Bermula di Stor DBP, kemudian dibawa ke DBP Cawangan Timur sebanyak 2 kali, USM Pulau Pinang dan Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.Semua pementasan itu dibawakan oleh DBP Wilayah Timur. Kemudian dibawa oleh Cikgu Supian ke SMK Teknik Bentong, dan di Taman Budaya Melaka oleh DBP Wilayah Selatan. Pelakon dan pemuzik yang sama pernah juga ke Frankfurt, Jerman oleh ITNM.

Persembahan kali ini akan berlangsung dari 8 hingga 11 April jam 8.30 malam. Malam tadi SN Datuk A. Samad Said, Sutung Umar RS, Khalid Salleh, Sabera Shaik, Sabri Yunus, dan Kamarul Hj Yusof ...yang saya nampak. Mungkin ada kawan-kawan teater yang lain yang saya tak nampak. Saya ingin kongsikan sms SN Datuk A. Samad Said: "Kami sangat berbangga. Teks seni yang sungguh bererti. Tahniah abang dan ibu kepada Rosnan juga" - a. samad said dan rashidah md dahan.

Apa pun terima kasih kepada semua.

No comments: