Monday, May 30, 2011

SELUANG LEPAS MELAUT

Seluang Lepas Melaut merupakan novel kedua karya Sutung Umar RS selepas Api Cinta (Pustaka Nusa: 2010). Novel semi autobiografi ini apabila dibuat layout melebihi 1000 halaman. Dan kini dalam proses penerbitan. InsyAllah dalam masa dua minggu lagi akan siap dicetak oleh penerbitnya. Selepas Seluang Lepas Melaut, dia sedang menuliskan novel ketiganya yang berjudul Dia dan Nya.

Saya juga sedang menyelenggarakan sebuah kumpulan cerpennya yang saya beri judul Di Negeri Wayang yang mengandungi 12 buah Sutung Umar RS yang pernah tersiar di pelbagai penerbitan tanah air. Selebihnya ada ratusan puisi beliau yang tersiar dalam bentuk eceran yang belum diterbitkan. Begitu juga dengan kolumnya di pelbagai surat khabar dan majalah yang memakai pelbagai nama pena. Kolum itu bermula 1978 dan sehingga 2008. Bayangkan berapa berapa banyak jumlah tulisannya setiap minggu selama 30 tahun?

4 comments:

benuasuluk said...

serahkan kumpulan cerpen tu pada editor perolehan. taulah dia menguruskannya bagi terbit hehehe

Rahimidin Z said...

Tok Benua,
tengah tulis kata pengantar....

Pegawai Khalwat said...

Hari tu terserempak dengan Sutung di hentian Bukit Gantang, kalau tak salah saya.

Entah-entah pelanduk dua serupa.

Rahimidin Z said...

Hari tu lama atau baru? Kalau baru, bukan...dia di rumah sahaja.