Thursday, December 1, 2011

EDITOR

Editor berperan penting sebagai orang yang membantu memperjelaskan pemikiran penulis. Yang jelas nyata, harus disembunyikan intinya dan yang kabur kelam harus dijernihkan kilaunya. Jadi, editor bukanlah sekadar pembaca pruf yang memperbetulkan tanda baca, koma, titik, "k" dua atau satu, "di" jauh atau pun dekat. Dan editor tidak semestinya pandai menulis, tetapi editor yang bijaksana akan menjadi kamus kepada sekalian kamus. Dalam tradisi Barat, editor berada di tampuk yang terhormat. Bahkan sasterawan ternama dunia, hampir semuanya menggunakan khidmat editor. Usman Awang pun khabarnya menggunakan khidmat Asraf sebagai editornya.

Tetapi, orang Malaysia jarang melihat editor itu sebagai satu tugas yang penting dan penuh tanggungjawab.

3 comments:

benuasuluk said...

Alamak! Tak jadilah nak jadi editor.

Rahimidin Z said...

Cepat, Naga dah merajuk bawa diri ke luar negara...

benuasuluk said...

Ah Naga, patut saya yang kena lari ke luar negara sebab buat kerja penulis dengan penerbit tak bagi 'downpayment' dulu. Itu yang sengaja lambat-lambat hehehe. Mana yang lagi 3 tu? bagilah cepat senang nak laju-laju